<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1399173964412548015\x26blogName\x3d::+%7C-+K+P+T+O+n+l+i+n+e+-%7C+::+Bait+Mu...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://infokpt6.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://infokpt6.blogspot.com/\x26vt\x3d1519848317740895691', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
     
 
  Menu Utama  

Artikel Terkini  

Arkib Artikel  

Link Infomasi  


Link Mahasiswa  


Infaq  

Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk menjayakan program yang telah di atur untuk membangunkan generasi pelajar muslim.
Sumbang terus kepada
KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU
Melalui Bendahari KPT


E-mail WEBMASTER  

Kongsi sebarang artikel @ maklumat
Sila e-mailkan kepada:
infokpt@gmail.com


KPT e-Group  

Klik sini untuk daftar
Klik sini untuk daftar

      Ringkas KPT


Ahlan wasahlan kepada semua pelayar website rasmi Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) atau nama asalnya Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Republik Arab Mesir (KPTRAM)telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan mengukuhkan kesatuan dan memberikan kebajikan kepada seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT dari tahun ke tahun sekarang mampu mempertahan dan mengekalkan dasarnya sebagai badan kebajikan sehingga sekarang.


Photobucket




      Pangkalan Data

Liqa pertama UBMH KPT sesi 2007/08

Monday, November 12, 2007

Oleh : Muhamad Sabri Yamin
Sabtu | Nov 10, 07
KAHERAH, (INFOKPT)

Unit Bait Muslim dan Hisbah KPT telah berjaya mengadakan satu majlis sempena Aidifitri dan liqa pertama bagi unit ini bagi sesi 2007/s008 pada 10 November 2007(Sabtu).

Maljis ini diadakan dirumah saudara Ridhuan Mahmud berjaya menghimpunkan 8 pasangan berkahwin anak-anak Terengganu. Liqa' ini diserikan dengan kehariran YDP KPT baru, saudara Abd Hakim Baharudin yang turut sama. Beliau mengharapkan agar satu kerjasama yang baik antara KPT dan Unit Bai Muslim dan Hisbah.



Saudara Zahari Ali memberikan sedikit tazkirah sebagai pengisian liqa' ini. Beliau mengingatkan tentang amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang Muslim. Amanah memikul agama ini adalah amanah paling besar sepertimana amanah menjaga iman dan islam.





Diakhir majlis tersebut, pihak tuan rumah menyediakan sedikit jamuan special iaitu sup kawareek (sup kaki kambing). Tahniah dan semoga majlis semupama ini terus dijalankan.

Author: info KPT online » Comments:

Panduan Buat Bakal Pengantin

Saturday, November 3, 2007

Mukaddimah perkenalan di antara bakal pengantin mesti menepati hukum syara’ dan etika yang telah ditetapkan oleh Lajnah Bait Muslim dan Hisbah KPT.

1. Menyampaikan hasrat untuk merisik calon isteri atau suami kepada mana-mana AJK Bait Muslim dan Hisbah.
2. Mengadakan pertemuan pertama antara bakal pengantin lelaki dan perempuan di rumah mana-mana AJK Bait Muslim dan Hisbah.
3. Dilarang sama sekali mengadakan sebarang pertemuan secara individu dan melanggari batas syara’
4. Elakkan pembaziran wang dan masa dengan berchatting, telefon, atau perkara-perkara yang melalaikan.
5. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah.

Ketika mengadakan pertemuan (Liqa’) pertama.

1. Liqa’ hendaklah ditemani oleh wakil Bait Muslim dari awal hingga akhir atau disertai sama oleh mahram salah seorang pasangan.
2. Menepati kehendak syara’ sepanjang perjalanan liqa’
3. Tidak menghebahkan perbincangan antara kedua bakal pengantin kepada rakan-rakan atau masyarakat umum.
4. Memberi makluman kepada wakil AJK Bait Muslim yang terlibat tentang perkembangan selepas liqa’
5. Anda dianggap pasangan yang sudah bertunang selepas mengadakan pertemuan kedua yang menjadi bukti sudah saling menerima antara satu sama lain.
6. Perlu menjaga ikatan pertunangan ini dengan baik dan elakkan daripada menjadi fitnah kepada diri.

Sebelum mengadakan Walimatul Arus

1. Bakal pengantin perlu memaklumkan kepada mana-mana AJK Bait Muslim atau berhubung terus dengan Pengerusi Bait Muslim untuk perbincangan urusan walimah tersebut.
2. Memaklumkan tarikh akad nikah dan tarikh walimah kepada AJK atau Pengerusi Bait Muslim.
3. Menyelesaikan segala urusan surat menyurat di safarah Malaysia dengan bantuan Bait Muslim sekiranya diperlukan.
4. Memaklumkan jumlah tetamu yang akan dijemput ke majlis akad nikah dan walimah untuk memudahkan urusan peyelenggaraan majlis.
5. Urusan jemputan tetamu peribadi diserahkan sepenuhnya kepada bakal pengantin manakala VIP berdasarkan perbincangan dan keperluan.
6. Bakal pengantin perlu bersemuka dengan bakal wali dan wakil masakan bagi memudahkan urusan pihak Bait Muslim mengambil tindakan selanjutnya.
7. Segala perbelanjaan untuk sebarang majlis akad atau walimah ditanggung sepenuhnya oleh bakal pengantin.
8. Pengantin mestilah memastikan budget perbelanjaan untuk majlis walimah di bincang terlebih awal bersama ketua masakan.
9. Tarikh walimah perlu ditetapkan awal untuk memudahkan persediaan dan tindakan Bait Muslim.
10. Kad jemputan perlu diedarkan selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis berlangsung.
11. Segala permasalahan perlu dilaporkan segera kepada pihak Bait Muslim untuk tindakan.
12. Pengantin perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak Bait Muslim dan adhoc pelaksana untuk kelancaran majlis sebelum dan selepas majlis berjalan.
13. Mas kahwin hendaklah diserahkan kepada pengantin perempuan sejurus selepas akad nikah berjalan untuk mengelakkan perkahwinan secara hutang berlaku.
14. Bilik pengantin ketika walimah boleh dibincangkan dengan HEWI KPT mengikut keperluan.

Ketika dan selepas majlis Walimah

1. Pengantin perlu menetukan lokasi majlis akad dan walimah yang bersesuaian.
2. Pengantin dinasihatkan bersama-sama berada dikawasan menyambut tetamu ketika majlis bejalan.
3. Memastikan majlis tidak bercanggah dengan hukum syara’, adab, dan adat masyarakat.
4. Perlu bersama-sama petugas ketika dan selepas majlis berlansung.
5. Mengelakkan berlakunya ikhtilat yang tidak syarie’ disepanjang perjalanan majlis.
6. Bersama-sama Unit Kebersihan bergotong royong membasuh dan membersihkan segala kelengkapan dan tempat yang telah digunakan.
7. Menyediakan cenderahati mengikut kemampuan kepada individu-individu yang dirasakan perlu.
8. Memastikan segala peralatan yang digunakan disimpan dan dipulangkan sebaiknya.
9. Menghadirkan diri ke majlis muhasabah yang ditetapkan oleh Adhoc Pelaksana Majlis dari pihak Bait Muslim.
10. Merujuk pihak Bait Muslim sekiranya terdapat sebarang permasalahan selepas majlis dilangsungkan.

Penutup kata dari kami Unit Bait Muslim dan Hisbah KPT

1· Panduan ini bertujuan untuk memudahkan dan membantu bakal pengantin.
2· Membantu kearah pembentukan awal sebuah keluarga muslim yang bertepatan dengan kehendak syariat Islam.
3· Persediaan warga Azhari dan Azhariah kearah melahirkan generasi Al-Quran yang unggul
4· Membantu warga Azhari dan Azhariah yang telah bersedia untuk menempuh alam berumahtangga.

Disediakan oleh Unit Bait Muslim dan Hisbah KPT sesi 2006

Author: info KPT online » Comments:

Ingatan Untuk Lelaki & Perempuan

Wahai lelaki...
Kenapa kau cuba menegakkan benang yang basah. Bila ditanya kenapa kau bercouple, kau mengatakan untuk berkahwin dengannya. Tetapi sudah berapa ramai wanita yang kau pegang, bergambar... adakah kau nak mengahwini semuanya itu.


Apakah perasaan kau jika kau melihat anak kau atau ibu kau bergambar dengan lelaki yang bukannya kau kenal atau bukan ayah kau... marah bukan? Begitu juga ayah atau abang kepada perempuan yang kau main-mainkan.


Adakah kau menganggap wanita itu permainan, boleh dipegang- pegang, ditangkap gambarnya dan bila sudah bosan ditinggalkan...adakah kau menganggap ibu kau permainan?... Jika tidak, kenapa kau mengganggap wanita lain permainan sedangkan wanita lain juga seorang ibu dan bakal menjadi ibu kepada anaknya.


Renungkan kembali wahai lelaki. Lindungilah wanita itu sebagaimana kau melindung ibu kau sendiri kerana mereka itulah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu. Janganlah kau melihat pada rupa paras dan betuk badan. Lihatlah wanita itu pada akhlak dan agamanya.


Wahai wanita...
Adakah kau menganggap diri kau itu hanya permainan lelaki... dipegang, ditangkap gambarmu dan ditinggalkan setelah bosan
denganmu?


Apakah kau sanggup menjawab soalan anak- anakmu bila mereka melihat kau bergambar dengan lelaki yang bukan bapa mereka...apakah suamimu dapat menerima seorang wanita yang bergambar dan berpegang tangan dengan lelaki lain yang tidak dikenalinya?!


Wahai wanita...peliharalah tubuhmu itu dengan pakaian yang baik, dengan akhlak yang mulia dan pandanglah lelaki itu dengan akhlak dan sikap mereka, bukannya rupa dan bentuk badan.
Wassalam... – sa

Author: info KPT online » Comments:

mula

Friday, November 2, 2007

try

Author: info KPT online » Comments:


Klik Untuk Mengundi  

Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG Ukhwah.com :: Top Blog


Demi Masa  



Kalendar  


.
Hijri Date for Your Blog



Jumlah Pelawat  


semenjak
1 Syawal 1428 H
13 Oktober 2007 M



Pelawat Online  
web tracker

 
| Rekabentuk oleh Fauzzury Mirza Syahadat | Di atur oleh Abu Handzolah |
Powered by Blogger | © 2007 KELUARGA PENUNTUT TERENGGANU | COPYRIGHT RESERVED|