<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1399173964412548015\x26blogName\x3d::+%7C-+K+P+T+O+n+l+i+n+e+-%7C+::+Bait+Mu...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://infokpt6.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://infokpt6.blogspot.com/\x26vt\x3d1519848317740895691', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
     
 
  Menu Utama  

Artikel Terkini  

Arkib Artikel  

Link Infomasi  


Link Mahasiswa  


Infaq  

Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk menjayakan program yang telah di atur untuk membangunkan generasi pelajar muslim.
Sumbang terus kepada
KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU
Melalui Bendahari KPT


E-mail WEBMASTER  

Kongsi sebarang artikel @ maklumat
Sila e-mailkan kepada:
infokpt@gmail.com


KPT e-Group  

Klik sini untuk daftar
Klik sini untuk daftar

      Ringkas KPT


Ahlan wasahlan kepada semua pelayar website rasmi Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) atau nama asalnya Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Republik Arab Mesir (KPTRAM)telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan mengukuhkan kesatuan dan memberikan kebajikan kepada seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir.

KPT dari tahun ke tahun sekarang mampu mempertahan dan mengekalkan dasarnya sebagai badan kebajikan sehingga sekarang.


Photobucket




      Pangkalan Data

Update Jawatankuasa UBMH 07/08

Thursday, July 31, 2008

Penasihat I
Ustaz Abdul Hakim bin Baharudin

Penasihat II
Ustazah Samihah binti Abdullah

Pengerusi
Ustaz Abdul Aziz bin Othman

Timb. Pengerusi I
Ustaz Muhamad Sabri bin Yamin

Timb. Pengerusi II
Ustazah C. Amirah binti Che Muda

Naib Pengerusi
Ustazah Suliana binti Busu

Setiausaha I
Ustaz Mohd. Ridzuan bin Mahmud

Setiausaha II
Ustazah Nordina binti Mohd Nor

Timb. Setiausaha I
Ustaz Mohd Ridza bin Mohd Adnan

Bendahari
Ustaz Muhammad Asri bin Md. Arof

Timb. Bendahari
Ustazah Zuriati binti Othman

Lajnah Tarbiah dan Perancang
Ustaz Rafzan bin Razak
Ustazah Fatimah Salwani binti Abdullah

Lajnah Ilmiah
Ustaz Abdul Hadi bin Mohamed (Ketua)
Ustaz Ismail Alfaruqi bin Salleh (Timb.Ketua)

Ustazah Afifah binti Ismail(Naib Ketua I)
Ustazah Daing Nurzainah binti Jailani(Naib Ketua II)

Lajnah Penerangan & IT
Ustaz Zahari bin Ali
Ustazah Jamaliah binti Yusoff

Lajnah Pantauan & Kaunseling
Ustaz Che Engku Omar bin Che Engku Mahmud
Ustazah Dayang Siti Noraini binti Awang Damit Yahya

Lajnah Kebajikan & Ekonomi
Ustaz Noor Faisall bin Nordin
Ustazah Aznina binti Abdul Aziz
30 Julai 2008

Author: info KPT online » Comments:

Perkenalan Lelaki & Perempuan

Monday, July 28, 2008

Author: info KPT online » Comments:

Tidak Ada Pembujangan Dalam Islam

Tuesday, July 8, 2008

ISLAM berpendirian tidak ada pelepasan kendali gharizah seksual untuk dilepaskan tanpa batas dan tanpa ikatan. Untuk itulah maka diharamkannya zina dan seluruh yang membawa kepada perbuatan zina. Tetapi di balik itu Islam juga menentang setiap perasaan yang bertentangan dengan gharizah ini. Untuk itu maka dianjurkannya supaya kahwin dan melarang hidup membujang dan kebiri. Seorang muslim tidak halal menentang perkahwinan dengan anggapan, bahawa hidup membujang itu demi berbakti kepada Allah, padahal dia mampu kahwin; atau dengan alasan supaya dapat seratus persen mencurahkan hidupnya untuk beribadah dan memutuskan hubungan dengan duniawinya. Nabi memperhatikan, bahawa sebahagian sahabatnya ada yang kena pengaruh kependetaan ini (tidak mahu kahwin). Untuk itu maka beliau menerangkan, bahawa sikap semacam itu adalah menentang ajaran Islam dan menyimpang dari sunnah Nabi. Justru itu pula, fikiran-fikiran Kristian semacam ini harus diusir jauh-jauh dari masyarakat Islam.

Abu Qilabah mengatakan: "Beberapa orang sahabat Nabi bermaksud akan menjauhkan diri dari duniawi dan meninggalkan perempuan (tidak kahwin dan tidak menggaulinya) serta akan hidup membujang. Maka berkata Rasulullah s.a.w, dengan nada marah lantas ia berkata: 'Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu hancur lantaran keterlaluan, mereka memperketat terhadap diri-diri mereka, oleh kerana itu Allah memperketat juga, mereka itu akan tinggal di gereja dan kuil-kuil. Sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan Dia, berhajilah, berumrahlah dan berlaku luruslah kamu, maka Allah pun akan meluruskan kepadamu.'" Kemudian turunlah ayat: “Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu mengharamkan yang baik-baik dari apa yang dihalalkan Allah untuk kamu dan jangan kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (al-Maidah: 87) -- (Riwayat Abdul Razzaq, Ibnu Jarir dan al-Mundziri) Mujahid berkata: Ada beberapa orang laki-laki, di antaranya Usman bin Madh'un dan Abdullah bin Umar bermaksud untuk hidup membujang dan berkebiri serta memakai kain karung goni. Kemudian turunlah ayat di atas . "Ada satu golongan sahabat yang datang ke tempat Nabi untuk menanyakan kepada isteri-isterinya tentang ibadahnya. Setelah mereka diberitahu, seolah-olah mereka menganggap ibadah itu masih terlalu sedikit. Kemudian mereka berkata-kata satu sama lain: di mana kita dilihat dari pribadi Rasulullah s.a.w. sedang dia diampuni dosa-dosanya yang telah lalu mahupun yang akan datang? Salah seorang di antara mereka berkata: Saya akan puasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka. Yang kedua mengatakan: Saya akan bangun malam dan tidak tidur. Yang ketiga berkata: Saya akan menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan kahwin selama-lamanya. Maka setelah berita itu sampai kepada Nabi s.a.w. ia menjelaskan tentang kekeliruan dan tidak lurusnya jalan mereka, dan ia bersabda: 'Saya adalah orang yang kenal Allah dan yang paling takut kepadaNya, namun tokh saya bangun malam, juga tidak, saya berpuasa, juga berbuka, dan saya juga kahwin dengan perempuan. Oleh kerana itu barangsiapa tidak suka kepada sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.'" (Riwayat Bukhari) Said bin Abu Waqqash berkata: "Rasulullah s.a.w. menentang Usman bin Madh'un tentang rencananya untuk membujang. Seandainya beliau mengizinkan, niscaya kamu akan berkebiri." (Riwayat Bukhari)

Dan Rasulullah juga menyerukan kepada para pemuda keseluruhannya supaya kahwin, dengan sabdanya sebagai berikut: "Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah mampu kahwin, maka kahwinlah; kerana dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan." (Riwayat Bukhari) Dari sini, sebahagian ulama ada yang berpendapat: bahawa kahwin itu wajib hukumnya bagi setiap muslim, tidak boleh ditinggalkan selama dia mampu. Sementara ada juga yang memberikan pembatasan --wajib hukumnya-- bagi orang yang sudah ada keinginan untuk kahwin dan takut dirinya berbuat yang tidak baik. Setiap muslim tidak boleh menghalang-halangi dirinya supaya tidak kahwin kerana khuwatir tidak mendapat rezeki dan menanggung yang berat terhadap keluarganya. Tetapi dia harus berusaha dan bekerja serta mencari anugerah Allah yang telah dijanjikan untuk orang-orang yang sudah kahwin itu demi menjaga kehormatan dirinya. Janji Allah itu dinyatakan dalam firmanNya sebagai berikut: “Kahwinkanlah anak-anak kamu (yang belum kahwin) dan orang-orang yang sudah patut kahwin dari hamba-hambamu yang laki-laki ataupun hamba-hambamu yang perempuan. Jika mereka itu orang-orang yang tidak mampu, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari anugerahNya.” (an-Nur 32) Sabda Rasulullah s.a.w.: "Ada tiga golongan yang sudah pasti akan ditolong Allah, iaitu:
(1) Orang yang kahwin dengan maksud untuk menjaga kehormatan diri
(2) seorang hamba mukatab yang berniat akan menunaikan
(3) seorang yang berperang di jalan Allah."

(Riwayat Ahmad, Nasa'i, Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Author: info KPT online » Comments:

Ahli Jawatankuasa Unit Bait Muslim dan Hisbah 07/08

Wednesday, May 21, 2008

Penasihat I
Ustaz Abdul Hakim bin Baharudin

Penasihat II
Ustazah Samihah binti Abdullah

Pengerusi
Ustaz Abdul Aziz bin Othman

Timb. Pengerusi I
Ustaz Muhamad Sabri bin Yamin

Timb. Pengerusi II
Ustazah C. Amirah binti Che Muda

Naib Pengerusi
Ustazah Suliana binti Busu

Setiausaha I
Ustaz Mohd. Ridzuan bin Mahmud

Setiausaha II
Ustazah Nordina binti Mohd Nor

Timb. Setiausaha I
Ustaz Mohd Ridza bin Mohd Adnan

Bendahari
Ustaz Muhammad Asri bin Md. Arof

Timb. Bendahari
Ustazah Zuriati binti Othman



Lajnah Tarbiah dan Perancang
Ustaz Rafzan bin Razak
Ustazah Fatimah Salwani binti Abdullah


Lajnah Ilmiah
Ustaz Abdul Hadi bin Mohamed (Ketua)
Ustaz Ismail Alfaruqi bin Salleh (Timb.Ketua)

Ustazah Afifah binti Ismail(Naib Ketua I)
Ustazah Daing Nurzainah binti Jailani(Naib Ketua II)


Lajnah Penerangan & IT
Ustaz Zahari bin Ali(Ketua)
Ustaz Noor Faisall bin Nordin(Timb.Ketua)

Ustazah Jamaliah binti Yusoff(Naib Ketua I)
Ustazah Aznina binti Abdul Aziz(Naib Ketua II)



Lajnah Pantauan & Kaunseling
Ustaz Che Engku Omar bin Che Engku Mahmud
Ustazah Dayang Siti Noraini binti Awang Damit Yahya



Lajnah Kebajikan & Ekonomi
Ustaz Mohamad Wahiddin bin Kadir
Ustazah Siti Zakiah binti Ismail

Author: info KPT online » Comments:

Liqa pertama UBMH KPT sesi 2007/08

Monday, November 12, 2007

Oleh : Muhamad Sabri Yamin
Sabtu | Nov 10, 07
KAHERAH, (INFOKPT)

Unit Bait Muslim dan Hisbah KPT telah berjaya mengadakan satu majlis sempena Aidifitri dan liqa pertama bagi unit ini bagi sesi 2007/s008 pada 10 November 2007(Sabtu).

Maljis ini diadakan dirumah saudara Ridhuan Mahmud berjaya menghimpunkan 8 pasangan berkahwin anak-anak Terengganu. Liqa' ini diserikan dengan kehariran YDP KPT baru, saudara Abd Hakim Baharudin yang turut sama. Beliau mengharapkan agar satu kerjasama yang baik antara KPT dan Unit Bai Muslim dan Hisbah.



Saudara Zahari Ali memberikan sedikit tazkirah sebagai pengisian liqa' ini. Beliau mengingatkan tentang amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang Muslim. Amanah memikul agama ini adalah amanah paling besar sepertimana amanah menjaga iman dan islam.





Diakhir majlis tersebut, pihak tuan rumah menyediakan sedikit jamuan special iaitu sup kawareek (sup kaki kambing). Tahniah dan semoga majlis semupama ini terus dijalankan.

Author: info KPT online » Comments:

Panduan Buat Bakal Pengantin

Saturday, November 3, 2007

Mukaddimah perkenalan di antara bakal pengantin mesti menepati hukum syara’ dan etika yang telah ditetapkan oleh Lajnah Bait Muslim dan Hisbah KPT.

1. Menyampaikan hasrat untuk merisik calon isteri atau suami kepada mana-mana AJK Bait Muslim dan Hisbah.
2. Mengadakan pertemuan pertama antara bakal pengantin lelaki dan perempuan di rumah mana-mana AJK Bait Muslim dan Hisbah.
3. Dilarang sama sekali mengadakan sebarang pertemuan secara individu dan melanggari batas syara’
4. Elakkan pembaziran wang dan masa dengan berchatting, telefon, atau perkara-perkara yang melalaikan.
5. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah.

Ketika mengadakan pertemuan (Liqa’) pertama.

1. Liqa’ hendaklah ditemani oleh wakil Bait Muslim dari awal hingga akhir atau disertai sama oleh mahram salah seorang pasangan.
2. Menepati kehendak syara’ sepanjang perjalanan liqa’
3. Tidak menghebahkan perbincangan antara kedua bakal pengantin kepada rakan-rakan atau masyarakat umum.
4. Memberi makluman kepada wakil AJK Bait Muslim yang terlibat tentang perkembangan selepas liqa’
5. Anda dianggap pasangan yang sudah bertunang selepas mengadakan pertemuan kedua yang menjadi bukti sudah saling menerima antara satu sama lain.
6. Perlu menjaga ikatan pertunangan ini dengan baik dan elakkan daripada menjadi fitnah kepada diri.

Sebelum mengadakan Walimatul Arus

1. Bakal pengantin perlu memaklumkan kepada mana-mana AJK Bait Muslim atau berhubung terus dengan Pengerusi Bait Muslim untuk perbincangan urusan walimah tersebut.
2. Memaklumkan tarikh akad nikah dan tarikh walimah kepada AJK atau Pengerusi Bait Muslim.
3. Menyelesaikan segala urusan surat menyurat di safarah Malaysia dengan bantuan Bait Muslim sekiranya diperlukan.
4. Memaklumkan jumlah tetamu yang akan dijemput ke majlis akad nikah dan walimah untuk memudahkan urusan peyelenggaraan majlis.
5. Urusan jemputan tetamu peribadi diserahkan sepenuhnya kepada bakal pengantin manakala VIP berdasarkan perbincangan dan keperluan.
6. Bakal pengantin perlu bersemuka dengan bakal wali dan wakil masakan bagi memudahkan urusan pihak Bait Muslim mengambil tindakan selanjutnya.
7. Segala perbelanjaan untuk sebarang majlis akad atau walimah ditanggung sepenuhnya oleh bakal pengantin.
8. Pengantin mestilah memastikan budget perbelanjaan untuk majlis walimah di bincang terlebih awal bersama ketua masakan.
9. Tarikh walimah perlu ditetapkan awal untuk memudahkan persediaan dan tindakan Bait Muslim.
10. Kad jemputan perlu diedarkan selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis berlangsung.
11. Segala permasalahan perlu dilaporkan segera kepada pihak Bait Muslim untuk tindakan.
12. Pengantin perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak Bait Muslim dan adhoc pelaksana untuk kelancaran majlis sebelum dan selepas majlis berjalan.
13. Mas kahwin hendaklah diserahkan kepada pengantin perempuan sejurus selepas akad nikah berjalan untuk mengelakkan perkahwinan secara hutang berlaku.
14. Bilik pengantin ketika walimah boleh dibincangkan dengan HEWI KPT mengikut keperluan.

Ketika dan selepas majlis Walimah

1. Pengantin perlu menetukan lokasi majlis akad dan walimah yang bersesuaian.
2. Pengantin dinasihatkan bersama-sama berada dikawasan menyambut tetamu ketika majlis bejalan.
3. Memastikan majlis tidak bercanggah dengan hukum syara’, adab, dan adat masyarakat.
4. Perlu bersama-sama petugas ketika dan selepas majlis berlansung.
5. Mengelakkan berlakunya ikhtilat yang tidak syarie’ disepanjang perjalanan majlis.
6. Bersama-sama Unit Kebersihan bergotong royong membasuh dan membersihkan segala kelengkapan dan tempat yang telah digunakan.
7. Menyediakan cenderahati mengikut kemampuan kepada individu-individu yang dirasakan perlu.
8. Memastikan segala peralatan yang digunakan disimpan dan dipulangkan sebaiknya.
9. Menghadirkan diri ke majlis muhasabah yang ditetapkan oleh Adhoc Pelaksana Majlis dari pihak Bait Muslim.
10. Merujuk pihak Bait Muslim sekiranya terdapat sebarang permasalahan selepas majlis dilangsungkan.

Penutup kata dari kami Unit Bait Muslim dan Hisbah KPT

1· Panduan ini bertujuan untuk memudahkan dan membantu bakal pengantin.
2· Membantu kearah pembentukan awal sebuah keluarga muslim yang bertepatan dengan kehendak syariat Islam.
3· Persediaan warga Azhari dan Azhariah kearah melahirkan generasi Al-Quran yang unggul
4· Membantu warga Azhari dan Azhariah yang telah bersedia untuk menempuh alam berumahtangga.

Disediakan oleh Unit Bait Muslim dan Hisbah KPT sesi 2006

Author: info KPT online » Comments:

Ingatan Untuk Lelaki & Perempuan

Wahai lelaki...
Kenapa kau cuba menegakkan benang yang basah. Bila ditanya kenapa kau bercouple, kau mengatakan untuk berkahwin dengannya. Tetapi sudah berapa ramai wanita yang kau pegang, bergambar... adakah kau nak mengahwini semuanya itu.


Apakah perasaan kau jika kau melihat anak kau atau ibu kau bergambar dengan lelaki yang bukannya kau kenal atau bukan ayah kau... marah bukan? Begitu juga ayah atau abang kepada perempuan yang kau main-mainkan.


Adakah kau menganggap wanita itu permainan, boleh dipegang- pegang, ditangkap gambarnya dan bila sudah bosan ditinggalkan...adakah kau menganggap ibu kau permainan?... Jika tidak, kenapa kau mengganggap wanita lain permainan sedangkan wanita lain juga seorang ibu dan bakal menjadi ibu kepada anaknya.


Renungkan kembali wahai lelaki. Lindungilah wanita itu sebagaimana kau melindung ibu kau sendiri kerana mereka itulah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu. Janganlah kau melihat pada rupa paras dan betuk badan. Lihatlah wanita itu pada akhlak dan agamanya.


Wahai wanita...
Adakah kau menganggap diri kau itu hanya permainan lelaki... dipegang, ditangkap gambarmu dan ditinggalkan setelah bosan
denganmu?


Apakah kau sanggup menjawab soalan anak- anakmu bila mereka melihat kau bergambar dengan lelaki yang bukan bapa mereka...apakah suamimu dapat menerima seorang wanita yang bergambar dan berpegang tangan dengan lelaki lain yang tidak dikenalinya?!


Wahai wanita...peliharalah tubuhmu itu dengan pakaian yang baik, dengan akhlak yang mulia dan pandanglah lelaki itu dengan akhlak dan sikap mereka, bukannya rupa dan bentuk badan.
Wassalam... – sa

Author: info KPT online » Comments:


Klik Untuk Mengundi  

Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG Ukhwah.com :: Top Blog


Demi Masa  



Kalendar  


.
Hijri Date for Your Blog



Jumlah Pelawat  


semenjak
1 Syawal 1428 H
13 Oktober 2007 M



Pelawat Online  
web tracker

 
| Rekabentuk oleh Fauzzury Mirza Syahadat | Di atur oleh Abu Handzolah |
Powered by Blogger | © 2007 KELUARGA PENUNTUT TERENGGANU | COPYRIGHT RESERVED|